Thursday, October 26, 2017

4 Nilam 2017

Tahun ni aku mengajar matematik tingkatan 4 Nilam. Pelajar kelas ni semuanya lelaki. Bilangan pelajar tak sampai 20 orang. Aku pon tak pasti berapa orang. Jarang sangat kehadiran 100%.
Rasanya 100% tak suka aku mengajar. Kalau aku mengajar, depa akan lena. So tak mau bagi depa lena aku kena menyembang ja..
Biasalah budak2 lelaki kalau menyembang dengan depa mesti bab orang kahwin.
Aku bagi tau depa untunglah orang lelaki kalau kawin dapat isteri
1. Cantik
2. Solehah
3. Kaya
4. Setia.

Kalau tak cantik pon la ni banyak produk kan...
Kalau tak solehah hampa lelaki ajarlah bini jd solehah..
Kalau tak kaya pon takpa pakat2 berusahalah dari bawah..
Kalau tak setia...malang lah hampa dapat isteri curang yang menduakan hampa. Kalau takda anak boleh cari lain tapi kalau dah ada anak, ramai plak tu....hadam je lah...kalau ada jodoh...itu cerita lain.




Wednesday, October 25, 2017

Dobi layan diri

Hari ni first time aku guna dobi layan diri. Bila masuk ja mula la buag perak kampung. Tak da sapa pon kat dalam tu. Aku baca step by step tapi aku miss something... dia kata ditergent free, softner pon free tapi aku cari tak jumpa..bodo punya dobi ...kata free tapi tak sedia pon...hmmmm. ok fine...
Aku pi kedai sebelah dan beli sebungkus serbuk pencuci n datang balik kat dobi. Masukkan kain, serbuk pencuci yg aku baru beli, masukkan token n start....
Bila mesin dah jalan baru aku perasan kenapa buih sabun banyam sangat ni dan baru aku baca balik dia punya manual...rupa rupanya free serbuk pencuci tu dimasukkan secara automatik....
Double lah jadinya serbuk pencuci kat mesin tu....
Good experience untuk hari ni.....

Tuesday, October 24, 2017

Tonsil oh tonsil


Selalunya apabila kita jumpa doktor sebab demam, doktor akan check kerongkong kita nak tengok bengkak ke tak. Kalau bengkak maksudnya ada tonsil yg membengkak. Rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik. Kalau salah antibiotik, kena jumpa doktor sekali lagi dan dia akan bagi antibiotik yang lebih kuat. Tapi kita selalunya pergi keklinik lain. Andainya doktor kat klinik lain pun bagi antibiotik dos yg sama maka tonsil tersebut tetap tak hilang. Pengambilan antibiotik yang berterusan mungkin mengurangkan sistem imun badan. Kesan keatas pesakit seperti loya, tiada selera makan, sakit kepala atau sembelit mungkin dialami oleh sesetengah pesakit. Inilah yang berlaku kepada saya sendiri setelah sekian lama menghadapi masalah tonsil.
Cara rawatannya adalah melalui pembedahan untuk membuang tonsil.
Jika tak nak buat pembedahan kita harus mencegahnya seperti 1. kurang makan makanan pedas,
2. Jangan mengambil minuman berais
3. Banyakkan minum air kosong
4. Kurangkan aktiviti seksual

Tapi kini saya tidak lagi berjumpa doktor kerana tonsil dan hingga sekarang saya tidak lagi mengambil antibiotik untuk merawat tonsil kerana saya telah menemui penawarnya. Saya hanya amalkan Alovera Gel.



Dulu mahal..tapi sekarang dah murah. Pi la beli..dekat lazada pon dah ada jual.

Friday, October 20, 2017

Homestay di Shah Alam

Ketika ini saya berada di homestay Residensi Alami Shah Alam. Terbaik homestay ni dan banyak kemudahan yang disediakan. Ada swimming pool lagi. Ada 3 bilik semua aircond. Ruang tamu pon ada aircond. Gym pon ada. Yang paling penting harganya pon ok.