Sunday, April 16, 2017

Skim cepat kaya yang perlu anda tahu

7 STEP PENIPUAN SKIM CEPAT KAYA YANG WAJIB ANDA TAHU

Contoh bagaimana kita tertipu dengan skim cepat kaya. Ilmu ini perlu kita tahu agar tidak berlaku untuk kedua kalinya atau terjebak dengan para suspek penipuan mana-mana skim cepat kaya.

1) Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000. Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:

A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000

2) Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'.

Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400.

Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan.

Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan.

Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000.

Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan trusted mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.

3) Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan.

Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan.

Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4) Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5) Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6) Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7) Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (RM40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh isytihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya.

Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur.

Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan.

Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “SHARE” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

NOTA : Hati-hati di luar sana yang gemar skim2 cepat kaya macam ini. Sayangilah duit anda.

No comments:

Post a Comment