Wednesday, April 26, 2017

Air

Heart Attack and Water
           
How many folks do you know who say they don't want to drink anything before going to bed because they'll have to get up during the night  ??? Heart Attack and Water - I never knew all of this! Interesting.......

Something else I didn't know ... I asked my Doctor why do people need to urinate so much at night
time.

Answer from my Cardiac Doctor - Gravity holds water in the lower part of your body when you are standing (legs swell).
When you lie down and the lower body (legs and etc.) seeks level with the kidneys, it is then that the kidneys remove the water because it is easier. This then ties in with the last statement!

I knew you need your minimum water to help flush the toxins out of your body, but this was news to me.

Correct time to drink water.. Very Important. From A Cardiac Specialist!

Drinking water at a certain time maximizes its effectiveness on
the body:
 
2 glasses of water
after waking up -
helps activate
internal organs,
     
1 glass of water
30 minutes before
a meal - helps digestion,
       
1 glass of water
before taking a bath -
helps lower blood pressure,
       
1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack

I can also add to this... My Physician told me that water at bed time will also help prevent night time leg cramps.

Your leg muscles are seeking hydration when they cramp and wake you up with a Charlie Horse.

A Cardiologist has stated that if each person after receiving this e-mail,
Please send it to 10 people, probably one life could be saved!

I have already shared this
information. What about you?

Do forward this message. It may save lives!
"Life is a one-time gift

Bola baling 2017

Peringkat daerah
Bawah 18: Naib Johan
Bawah 15: Tempat ke-3

Klik sini  kalau nak tengok  gambar

Peringkat zon
Bawah 15 johan
Bawah 18 - Naib Johan

keputusan (B18)
SMK BT17 vs SMK Guar Chempedak (3:1)
SMK BT17 vs MRSM Merbok (6:6)
SMK BT17 vs SMK Merbok (tewas)
SMK BT17 vs SMK Seri Badong (9:2)

Klik sini kalau nak tengok gambar

Friendly - Johan slalu,,,,
Klik sini sessi 1
Klik sini sessi 2

Friday, April 21, 2017

Sedekahlah...

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang.
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya.

Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya:
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab:
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."

Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan  untuk melihat respon pekerja yang fakir itu.

Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya.

Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang !!
Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga…
Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi …
Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!!

Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:
“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan...

Guru yang mulia terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”

Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.

Gurunya pun berkata kepadanya:
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas.
• Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.

Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!
Sungguh menakjubkan saya maka saya kirimkan kepadamu. Kongsikanlah dengan yang lain semoga bermanfaat.
والله اعلم

Selamat hari ISTERI

Seorang suami menyesal kerana menceraikan isterinya... Lalu dia mengcall isterinya...

Suami : Syg... Maafkan abg, abg nak rujuk semula...

Isteri : Di sebelah abg ada cawan??''

Suami : Haa?? Cawan?? Xde... Kenapa??

Isteri : Kalau begitu pergi dapur ambil cawan sekarang...

Suami : Ok dah... Nak buat apa dengan cawan nie???...

Isteri : Lemparkanlah cawan tu ke lantai...

Suami : Abg dah lempar... Kenapa??

Isteri : Sekarang kembalikan cawan itu seperti sedia kala... Tidak mungkin bolehkan... Begitu juga hati ini...

Suami : Uikk cawannya x pecah laa syg... Cawan plastik...

Isteri : Eeeee...nyampah. Lepas maghrib datang amik kt rumah mak...
😛😝😜😆😅😄😃😂

"SELAMAT  HARI ISTERI" ✌
👸Karena isteri, rezekimu bertambah.
👸Karena isteri, maka lahirlah zuriatmu.
👸Karena isteri, makan, pakaian mu terjaga.
👸Karena isteri, tenang hati mu.
👸Karena isteri, lembut pandangan mata mu.
👸Karena isteri adalah satu2nya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerimamu seadanya.
👸Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka,
👸Walaupun kecil di mata mu, tapi besar bagi dirinya.
👸Setiap peluh yang menitik, krn bekerja untuk keluarganya,
👸Setiap airmata yang menetes untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda,
👸Dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.
👸Renungan sepintas lalu. Mengapa WANITA sering menangis?
👸Jawab Allah :
Karena WANITA itu unik.
👸Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
👸AKU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
👸AKU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
👸AKU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
👸AKU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
👸AKU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh pasangannya.
👸Walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat.
👸Tapi jika suatu saat dia menangis, itu karena AKU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
🍁WANITA sangatlah istimewa......

Kirimkan kpd WANITA yg kamu sayangi......
🌴Kirimkan juga kpd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tau bahwa WANITA.....ciptaan yg istimewa........
➡Wajah IBU paling→ cantik
➡Masakan IBU paling→ sedap
➡Kata IBU paling→ beharga.
➡Doa IBU paling→makbul
➡ Restu IBU paling di berkati:
🌺IBU SANGAT SEMPURNA DI MATA KITA ☺😔😭

✅Sebarkan👆ilmu yng kamu baca ini..
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃
Ya Tuhanku...
Jadikanlah....
💋Wanita yg membaca ini
💋wanita pilihanMu
💋wanita yg cantik, kuat & sabar...

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃
💋Sayangilah dia serta kasihanilah dia.
💋Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan badannya.

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃
💋Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia.
Aamiin YRA....🌺🌺🌺

Thursday, April 20, 2017

Wad c3 penang

20/4/2017
Utk menikmati malam yg panjang dgn alunan tangisan nyanyian sikecil.

Sunday, April 16, 2017

sukan 2017


Gambar lain..

Mesyuarat Agung PIBG 2017


Gambar lain...

Skim cepat kaya yang perlu anda tahu

7 STEP PENIPUAN SKIM CEPAT KAYA YANG WAJIB ANDA TAHU

Contoh bagaimana kita tertipu dengan skim cepat kaya. Ilmu ini perlu kita tahu agar tidak berlaku untuk kedua kalinya atau terjebak dengan para suspek penipuan mana-mana skim cepat kaya.

1) Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000. Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:

A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000

2) Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'.

Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400.

Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan.

Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan.

Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000.

Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan trusted mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.

3) Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan.

Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan.

Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4) Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5) Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6) Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7) Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (RM40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh isytihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya.

Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur.

Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan.

Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “SHARE” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

NOTA : Hati-hati di luar sana yang gemar skim2 cepat kaya macam ini. Sayangilah duit anda.

Thursday, April 13, 2017

Selamat Hari Suami Sedunia



*LAKI-LAKI ADALAH CIPTAAN TUHAN YANG PALING HEBAT*

Dia membelanjakan *SEMUA DUIT* membeli hadiah untuk yang dia cinta, hanya untuk melihatnya *TERSENYUM*

Dia korbankan *MASA LAPANG*nya hanya untuk seorang *WANITA*

Dia korbankan *MASA MUDA*nya demi istri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam *TANPA MENGELUH*

Dia bina *MASA DEPAN* mereka sekeluarga dengan *HUTANG* dan membayar semula dgn ansur2.

Dia telah bersusah payah tapi masih *DIMARAHI* isteri dan bos.

Kehidupan dia berakhir hanya untuk *MENGALAH* demi *KEBAHAGIAAN* orang lain.

Kalau dia keluar rumah, kata org dia *MERAYAP*

Kalau dia tinggal di rumah, kata org dia *MALAS*

Kalau dia marahi anak2, kata org dia *GARANG*

Kalau dia tak marah, kata org dia laki-laki *TIDAK TEGAS*

Kalau dia tak bagi isteri  bekerja, kata org dia *MENGEKANG*

Kalau dia bolehkan isteri
bekerja, kata org dia *MAKAN GAJI ISTERI*

Kalau dia taat apa kata ibunya, org tuduh dia *ANAK MAK*

Kalau dia dengar kata isterinya, kata org dia *TAKUT BINI*

Kalau dia banyak *MENOLONG* wanita yg memerlukan, dibilang si suami *MIANG*

Kalau *TIDAK MAHU TOLONG* wanita lain, dikatanya *KEJAM*

*Tapi di tengah terpaan segala macam tuduhan, dia tetap tenang*


*SELAMAT HARI SUAMI SEDUNIA* 😘😘😘😘😘

Sayangilah Ibubapa

Org yg mencintai anda dgn mata dipejam ialah *kekasih*
Org yg mencintai anda dgn mata dibuka ialah *sahabat*
Org yg mencintai anda dgn mata berkelipan ialah *pasangan*
Org yg mencintai hingga anda menutup mata ialah *ibu*
Org yg mencintai anda dgn tiada ekpresi mata ialah *bapa*
____________________________
*Ibu* - Memperkenalkan anda kpd dunia.
*Bapa* - Memperkenalkan dunia kpd anda.
___________________________
*Ibu* : Membawa anda kpd kehidupan.
*Bapa*  : Membawa kehidupan kpd anda.
__________________________
*Ibu* : Menjaga anda supaya tidak lapar.
*Bapa*  : Membuat anda tahu makna lapar.
__________________________
*Ibu* : Memberi anda kasih sayang.
*Bapa*: Memberi anda tanggungjawab.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda supaya tidak terjatuh.
*Bapa* : Mengajar anda bangun bila terjatuh.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda berjalan.
*Bapa* : Mengajar anda jalan hidup.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda melalui pengalamannya.
*Bapa* : Mengajar anda untuk dapatkan pengalaman.
__________________________
*Ibu* :  Memperkenalkan ideologi
*Bapa* :  Memperkenalkan realiti.
___________________________
*Kasih Ibu* diketahui semenjak anda, dilahirkan.
*Kasih Bapa* diketahui bila dia sudah tiada.
___________________________
*Kasihilah akan bapa anda.*
*Sayangilah akan ibu anda.*
___________________________
selagi mereka masih bernyawa.... rumah tidak akan berseri tanpa khadiran anak tapi rumah akan lebih sunyi bila ibu bapa sudah tiada....
Ini sekadar renungan bersama buat kita sebagai anak dan ibu bapa kepada anak2 kita.........
 Al- fatihah buat ibubapa yang sudah tiada..

URL KPM



1. MODUL PENGURUSAN MURID (APDM)
https://apdm.moe.gov.my

2. ePangkat
https://epangkat.moe.gov.my

3. SSDM
https://ssdm.moe.gov.my

4. MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (EMiS)
https://emisonline.moe.gov.my

5. MODUL PENGURUSAN GURU (eOperasi)
https://eoperasi.moe.gov.my

6. egTukar
https://epgo.moe.gov.my

7. SISTEM APLIKASI PEPERIKSAAN (SAPS)
https://sapsnkra.moe.gov.my

8. Single sign on (SSO)
https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

9. eGaji
http://www.anm.gov.my

10. Pendaftaran tahun satu (esppsel)
https://esppsel.moe.gov.my

11. PENARAFAN KESELAMATAN (SPKS)
httpa://spks.moe.gov.my

12. EgHrmis
https://hrmis2.eghrmis.gov.my

13. ekasih
https://ekasih.icu.gov.my

14. eNazir SKPM 2010
https://enazir.moe.gov.my

15. NKRA
https://nkra.moe.gov.my

16. Sistem pelaporan disiplin ePIDP
https://pidp.moe.gov.my

17. ePrestasi
https://eprestasi.moe.gov.my

18. esplkpm latihan guru
https://splkpm.moe.gov.my


Wednesday, April 12, 2017

Tazkirah sebelum Ramadhan

Untuk  tazkirah agar kita tidak menyesal apabila berlalunya Ramadhan.....
 Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..'

Aktiviti koko



Gubahan







Gotong royong menanam pokok

Tuesday, April 11, 2017

Pengakap Daerah Yan

Pemimpin pengakap daerah Yan. Antara pemimpin yang hebat. Gambar aku tak ada kat situ sbb kurang hebat lagi.

Bola jaring 2017

Game 1. Menang besar bawah 15 dgn smk merbok
Bawah 18 pon menang dgn Smk Sg Limau 4-1


Terlena di wad c3

*TERLENA*
Dari Almarhum Pak Hamka

_Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena_

_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat._

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?_

_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku._

_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?_

_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?_

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena._

Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)

Tips untuk success

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah .

Tazkirah kepada guru yang nak pencen



Sekadar mengingati. Tapi panjang sikit. Kalau rasa boring baca dan dah tau, tak yah la baca sampai habi

Cuma saya rasa eloklah sama2 kita ingat mengingati dan nasihat menasihati.. terutama dlm usia kita skrg ini. Yg mana elok kita ikut. Yg mana rasa tak elok tinggalkan.

Ramai antara kita yang dah lama   pencen, baru pencen dan juga yg akan berpencen..

Boleh renung2 kan plan dibawah ni sebelum kita yang pencen atau yg akan berpencen tidak menderita hidup kita sebab tidak merancang!

Kalau derita sekadar didunia ini tidaklah mengapa tetapi yang kita semua takuti adalah derita dunia dan akhirat.

Justeru, dengan pengalaman kawan kawan senior saya dan juga nasihat dari para Tuk Tuk Guru, saya panjangkan planning saya ini untuk sahabat2 semua.

Diusia pencen ini tak usah lah sibuk nak bela kucing, atau cari Pokemon dan ralit main  facebook atau apa saja yang tak faedah.

Badan dah nak mati tu elok lah buat plan ibadah agar mati dalam akidah/ibadah yang betul.

Kalau di KL dan Selangor ni banyak majlis ilmu. Oleh itu mengajilah. Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak sekolah dulu.

Cadangan saya ;

1. Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid. Ini untuk memastikan aqidah kita benar dan betul sebab kalau aqidah kita salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan termasuk golongan neraka. Akidah lah kunci syurga.

Selain itu mantapkan ilmu feqah dan tasauf.

Jangan asyik nak belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar.

Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak der siapa nak dengar suara tua kita yang merdu tu. Yang penting banyak tadabbur quran dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. Banyakkan taubat. Taubat tak kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan dimekah saja. Kita ni banyak dosa. Oleh jangan abaikan taubat walau sehari.

3. Perbaiki ilmu solat agar betul. Jangan pulak masa terluang yang banyak tu kita asyik nak tengok drama bersiri dan drama cinta, Sayangku kapten mukhris atau hindustan dan yang lain lain pulak. Ingat, kita semua dah kerepot. Tak ada siapa nak main cinta dah!

4. Dapat duit pencen tu, jangan sibuk nak shopping bergaya macam orang kaya kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 tahun lagi. Dan jangan pulak asyik belikan cucu cucu baju pulak. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit tu untuk settle  fidyah puasa dan qodha puasa kita. Itu semua hutang kita pada Allah. Dan jangan lupa pulak hutang pada manusia yang belum kita bayar. Jangan nak lupakan pulak.

5. Kalau belum ke Mekah dan ada duit gratuiti tu, pergilah ke Mekah dan jangan sibuk nak renovate rumah. Duduk lah rumah yang ada tu seada nya. Kalau nak repair pun repair bumbung saja sebab takut kita kena hujan. Tentukan mengambil bahagian dalam ibadah Korban setiap tahun walaupun satu bahagian.

6. Banyakkan sedekah jariah dan juga wakaf. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah tu maksudnya sedekah pada orang nak buat masjid ke, pondok ngaji ke dan sebagainya. Sedekah jariah itu nanti akan mengalir pahala nya bila kita dah dikambus tanah nanti.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat senaman dan juga jangan lupa check up hospital selalu. Supaya kita tak sakit dan menyusahkan anak anak nak jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan mereka sendiri. Kesian dekat anak anak. Dan kalau tak sakit, mudah nak buat ibadat kita.

8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama.

9. Jangan jadi kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak anak durhaka ini suka landingkan anak anak mereka pada kita untuk kesenangan mereka melaram pergi kenduri kawin dan shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan hal2 penting sebagainya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. Jangan sesekali terlibat dengan bisnes dah! Cukup lah pencen dan simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni, sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner atau pak guard lah sampai mati.

11. Berhati hati bagi anak pinjam duit kita untuk perkara yang tidak penting bagi mereka. Kalau penting sangat tu boleh lah beri tapi pastikan mereka bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sekali kita diperbodohkan.

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan seperti mana kita dulu yang sanggup ikat perut nak besarkan mereka. Terkadang anak dan menantu kita ni mereka hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa pikir masa depan anak anak mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal mahal. Kalau boleh perhatikan mereka dan nasihatkan mereka.

12. Berziarahlah kawan kawan dan sedara mara kita, sebab usia kita pun tak panjang. Apa lagi mungkin kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu ini lah masanya kita tebus segala dosa kita agar kita selesaikan semua urusan dengan manusia bila mati nanti.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup dihari tua. Ujian macam kelkatu. Banyak ingat Allah dan baca quran. Agar kita selalu tenang hingga lah bertemu Allah.

Rasa2 macam plan ini boleh di menafaatkan... boleh teruskan. Tapi kalau  rasa macam tak mengikut citarasa sahabat2.. Abaikanlahh..

Waullahualam. 🙂 sama2 kita audit diri kita..masing2 ada level - kelebihan , kekuatan dan kelemahan serta kekurangan diri..yg penting terus perbaiki diri sediakan diri utk bertemu dgn Allah swt nanti.

Kod matematik



Entah siapa yg membuat rumus seperti ini, tp ini menakjubkan

*MATEMATIK VERSI BARU...*

Jika:
A = 1%
B = 2%
C = 3%
D = 4%
E = 5%
F = 6%
G = 7%
H = 8%
I  = 9%
J  = 10%
K = 11%
L = 12%
M = 13%
N  = 14%
O  = 15%
P = 16%
Q = 17%
R = 18%
S =  19%
T =  20%
U = 21%
V = 22%
W = 23%
X = 24%
Y = 25%
Z = 26%

apakah yg membuat kesuksesan/ keberhasilan hidup menjadi 100%.......???:

*H+A+R+D+W+O+R+K* (Kerja Keras) : 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

*K+N+O+W+L+E+D+G+E* (Pengetahuan) :
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

*L+O+V+E* (Cinta) :
12+15+22+5 = 54%

*L+U+C+K* (Nasib) :
12+21+3+11 = 47%

Tidak ada yang jadi 100%.
Apa yang membuatnya jadi 100%..???

Adakah money..?

*M+O+N+E+Y* =
13+15+14+5+25 = 72%    NO..!!!

Leadership..?
*L+E+A+D+E+R+S+H+I+P* =
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%  NO...!!!

Ternyata apa yang membuat menjadi 100% adalah :

Cuba lihat yang ini...

*S+E+D+E+K+A+H+J+A+R+I+A+H* 19+5+4+5+11+1+8+10+1+18+9+1+8 = 100% 👍

( nilai saham akhirat kita. )

*_KEBETULAN atau TIDAK...?  tapi itulah  MATEMATIK_*

Semangat menjemput rezeki  , jangan lupa SEDEKAH yaaa... 😊😊

Wad c3

Hari ni mai ronda2 kat sini utk melalui malam yg sgt panjang dan menemani budak ni..
Good luck kakak. Be strong..
Silap haribulan...org yg dok jaga org sakit boleh sakit ni...

Sunday, April 9, 2017

Hampa pi mana

Amboi...amboi..amboi
Ekspresi negaraku..


Friendly bola baling

Hari ni 9 April 2017 sekolah kami jd tuan rumah friendly bola baling. Aku kena ambil gambar ja..budak2 bila jumpa ja dgn aku mesti tanya bila nak upload gambar...Hmmm ....internet kat rumah aku tu slow sgt...yes ni line dia macam siput bab1 ja..dulu aku pakai stremyx yg paling cokia pon laju gak. Ni dahla bayar rm90++..tp line cam apa lg. Aku mmg la nak upload tp buat masa la ni masa aku amat berharga...
Dah 7 bulan anak aku kena leukimia...
Dah 7 bulan anak aku fight dgn chemo
Dah 7 bulan aku berulang alik ke gh penang..
Harap hampa bersabag no..
Tahniah kepda semua player...anda hebat.
Tahniah cikgu masrul and the gang.,

Saturday, April 8, 2017

Name tag

Ada 4 org lagi tak bayar utk name tag. Top up tipon boleh plak bayar. Lagi hampa tak bayar cikgu tak akan beri name tag ni kat hampa. Cikgu disiplin dok usha dah tu, sapa tak pakai name tag...hampa siaplah..
Anak org kaya pon ada tu...

Glamer budak ni..

Hari ni masuk ke kelas....
macam biasa ajar sikit kemudian bagi kerja kat budak. Lepas tu aku pon raound table. Semua budak pakat2 buat kerja. Mai kat sorang budak ni..apa satu tak buat lagi. Senang ja tajuk hari ni iaitu selang kelas dan kekerapan. Kosong ja jawapan dia..Aku tanya kenapa tak buat...dia diam ja...dah dua tiga kali aku tanya dia...dia buat bodoh ja....Aku test lagi suruh dia bilang dari 1 sampai 50...pon dia diam ja sambil tengok kat aku..hati dah membara mmg nak kena sekeh budak ni...last kali aku suruh dia baca abc...sama ja reaksi dia....diam sambil tengok muka aku.....adoiiiiiiiiii penat den cam ni..

La kelas maths... yg hg dok kalut buat seni dari tadi tu pasai pa Cik Mat!!!